Monday, November 9, 2009

Erti Kehidupan

Kehidupan kita pastinya penuh dengan suka duka. Ada kalanya kehidupan kita dihiasi dengan gelak ketawa, senyum riang. Namun, harus kita beringat juga ada kalanya kehidupan kita ini serabut dan sesak dengan pelbagai masalah, dugaan serta cabaran yang langsung tidak diundang. Dan pada waktu dan saat itulah, kita benar-benar memerlukan kesabaran dan ketabahan menghadapi semua ujian Tuhan. Dan juga melalui semua masalah, dugaan dan cabaranlah, kita mula mengerti erti kehidupan sebenar. Kita mula belajar erti kekuatan, keikhlasan, kemaafan, pertemuan, persahabatan, perpisahan dan sebagainya. Dan di situ jualah, kita terkapai-kapai mula mencari siapa diri kita yang sebetulnya. Ya,malangnya kita seringkali tewas. Kita menitiskan air mata. Kita menangis sepuas-puasnya. Kita meraung-raung sekuat-kuatnya, cuba menjelaskan betapa perit dan susahnya penderitaan yang kita alami. Sewaktu kita tersungkur, jarang pula yang sanggup menghulurkan tangan tetapi hanya bisa melihat dan terus berlalu pergi.Itulah realitinya.

Walaubagaimanapun, jangan biarkan kita terus dalam keadaan begitu. Bangun, jangan biarkan kita terus tersungkur. Biarpun sememang payah untuk kita bangkit tanpa ada pertolongan daripada sesiapa pun, teruskan maju dan maju. Kebahagian itu ada kalanya datang daripada diri kita sendiri dan bukannya daripada orang yang kita harapkan. Apa yang kita impikan tidak selalunya indah, justeru bersyukurlah dengan apa yang terjadi. Biarkan ia berlalu kerana kehidupan ini bagaikan suatu perjalanan yang di mana di dalamnya kita tentunya akan menempuhi 1001 makna kehidupan yang sebenar.

‘The road to success is not straight. There is a curve called failure. A loop called confussion. Speed bumps called friends. Red lights called enemies. Caution lights called family. You will flat tyres called jobs. But if you have a spare called determination. An engine called perseverance. A driver called God. You will make it to a place called success.’

Sewaktu saat senang dan susah, janganlah kita lupa kepada Pencipta kita, Allah S.W.T. Bertawakal dan banyakkanlah berdoa kepada-Nya setelah kita berusaha sedaya upaya. Tuhan itu lebih mengerti tentang segala-galanya. Dialah yang akan mengurniakan hidayah untuk memandu kita pada landasan yang sepatutnya. Dialah yang akan memberi ketenangan dan kedamaian kepada kita sewaktu kita benar-benar memerlukannya. Dialah yang akan datang saat kita terumbang-ambing dalam arus kehidupan. Lantaran itu, Allah S.W.T. adalah tempat yang di mana kita patut mencurah cinta, kesetiaan, keikhlasan kita yang sejati kepada-Nya. Bersabarlah dengan semua ujian-Nya kerana tanpa kita sedari, setelah kita berjaya menghadapi segala pancaroba, kita telah menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Insya-Allah…

“Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar.” (Surah al Baqarah ayat 155)

2 comments:

  1. Memang benar, begitu payah untuk kita mencari seorang teman yang akan menemani kita dalam susah dan senang.

    ReplyDelete
  2. namuan, bukan semua sahabat begitu. pastinya suatu hari nanti pelayar kehidupan dapat menemui permata di sebalik kaca. mintalah kepada Tuhan mudah-mudahan Dia akan mempermudahkan pelayar kehidupan bertemu dengan permata yang diharapkan.

    ReplyDelete