Wednesday, December 16, 2009

Ibu dan Ayah...

Assalamualaikum..

Saya baru sahaja mengikuti Program Khemah Ibadah Musim Cuti Sekolah. Selama 6 hari 5 malam KI dijalankan, para peserta didedahkan dengan pemantapan asas-asas Islam seperti solat, membaca al-Quran dan lain2. Bertemakan 'Ke arah melahirkan anak soleh', sudah tentulah perihal kedua ibu bapa amat ditekankan.

Bermula dari hari kedua, para fasilitator telah mengetengahkan jasa kedua ibu bapa. Sedarkah kita, bahawa Allah menangguhkan semua azab di dunia untuk dihukum di akhirat, kecuali dosa terhadap ibu bapa? Adakah kita ini layak untuk bebas dari azab neraka? Layakkah kita digelar anak yang soleh?

Hari demi hari kami mengerti akan besarnya pengorbanan ibu bapa.
Hampir setiap hari kami mula sedar akan kesalahan diri.

Cuba kita hitung, berapa banyakkah "ah", "alaa", "Kejaplah" telah kita ungkapkan kepada mereka? Kalau sepatah "uh" pun boleh dicap sebagai anak derhaka, kita bukan sahaja digelar sebagai anak derhaka derhaka derhaka, malahan dijamin tidak dapat mencium bau syurga pada Hari Akhirat.

Akhirulkalam, jika kiriman saya ini telah menyentuh hati para pembaca, segeralah mencium tangan memohon maaf daripada kedua ibu bapa. Bukankah keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa?

Bersamalah berusaha menjadi anak yang soleh.

Wednesday, December 2, 2009

Kejayaan (Bahagian 2)


RESEPI KEJAYAAN

Bahan-bahannya:
  • 250gm Daya Usaha
  • 100gm Kesabaran
  • 100gm Keimanan
  • 190gm Keinsafan
  • 150gm Pengorbanan
  • 150gm Campuran akhlak mulia
  • 8 sudu teh rasa tanggungjawab
  • 200gm senyuman secukup rasa
**boleh didapati daripada didikan yang baik dan sempurna.

Cara-cara membuatnya:
  1. Pukul semangat hingga kembang dan kental.
  2. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan menjadi lembut.
  3. Setelah itu, campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia.
  4. Bungkuskan ia dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.
  5. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur.
  6. Hias dengan senyuman yang menawan, kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
Tip- Bagi mendapatkan hasil yang baik, jauhi daripada air mata putus asa walaupun setitik.